Monday 1 October 2012

Antara Persahabatan dan Keegoan










Auw Cakk! Hye and afternoon uolz, hari ni gua ke ofis dalam keadaan lemau, rasa penat sbb dlm seminggu ni tido gua lintang pukang tungging terbalik. haa, kepada spe yg x faham bahasa ibunda gua ni bole la check kamus dewan bahasa dan pustaka negeri Pulau Pinang. eheh~ Pagi2 mcm biasa, lps teman cik abe breakfast dlm keta as usual seperti mkn roti n minum air kotak, gua pun pegi la breakfast kt Warung Lebai Dollah milik kepunyaan boss gua jugak dan ini bermakna tetiap hari breakfast and lunch gua ditaja company. Alhamdulillah, rezeki intern namanya :)



Disebabkan this week boss gua bizi ngn akad nikah n wedding nun jauh di Pahang, maka gua dalam keadaan bosan yg amat kerna xde keja lagaknya. Actually gua tertarik dengan ayat "Persahabatan  Tanpa Keegoan". Alangkah indahnya kira manusia dilahirkan tanpa sedikit rasa keegoan, tapi mustahil bukan? Diri gua pn kadang tinggi nilai keegoan apatah lagi manusia di luar sana. Mungkin ceritera ini ada kaitan atau mungkin juga luar dari lingkungan pemikiran gua barangkali, Kepada yg membaca, ia hanyalah tulisan jejari kidal di papan keyboard, jutaan maaf sekiranya terguris. 


**Antara Persahabatan dan Keegooan**


Entah utk ke berapa kali dia membayangkan saat2 kembali bertaut persahabatan yg hampir terputus berbulan-bulan adanya. Ibarat angan2 mat jenin, hingga kadang2 terbawak ke mimpi tidur. Mimpi tidur ini sering menganggu benak fikiran yg mungkin petanda baik atau sebaliknya. Mimpi berpelukan sambil keduanya saling meminta maaf dan berharap ikatan ini kembali terjalin. Dan kemudian sedu airmata berterusan sampai dia terbangun dari tidur. Pelik... Argh! Mainan tidur dan perasaan barangkali. Hati penat mentafsir utk apa dia dibuang mereka, hati penat menduga utk apa dia dibenci mereka. Kerna dulu seperti isi dan kuku, rindu saat-saat manis gelak tawa sesama, nangis sedih sesama, berkongsi lauk makan dan minum sesama, malah tidur berkongsikan katil dan bantal sesama. 




Aidilfitri lalu juga dikirim mesej pesanan ringkas buat keduanya, tp sunyi sepi berbalas mereka. Lumrah alam bukan? kiranya si gadis bertemu jejaka pilihannya, kemungkinan masa utk persahabatan sedikit terkurang tetapi merajuk di hati yang begitu lama dan akhirnya memutus silaturrahim ternilai ini. Bila rindu, dia menekan butang komputer riba, mencari file2 lama yg tersimpan seribu macam kenangan mereka. Diselak gambar2 kegilaan hingga ke video dirakam, menyerlah senyum di wajah pucat itu. Bila rindu kadang bergenang air mata kerinduan, air mata penyesalan, dan air mata kegembiraan kerna penah dijadikan sahabat mereka. Terima kasih tidak terhingga..




Zaman ini bukan mudah mencari seorang sahabat, tetapi musuh begitu mudah dijumpa. Jujur hati, mereka merupakan sahabat terbaik bagi dia, perkenalan hampir 2 tahun boleh diibaratkan seperti 20 tahun. Masakan tidak, kentut dan sendawa merupakan mainan dikala waktu bosan mereka. Aneh bukan? Akrabnya mereka hanya Allah yang tahu.



Pagi ini dia termenung lagi, saat suapan mee goreng kelima dibibir mungil itu, bermenung utk memikir apakah ada harapan utk bertaut kembali. Hanya kerna sebaris ayat dikeluarkan malam itu terus menjadi kudis dan membunuh perasaan sayang antara mereka bertiga. Dia akui adakala hati salah mentafsir, mulut salah menduga, kecil hati dia kala itu sudah dirawat tetapi mengapa harus dia dihukum seperit sebegini. Dihukum utk menjadi sepi seorang perindu, merindu saat2 manis merempit bertiga di malam hari, merindu saat2 manis menonton wayang bertiga, merindu saat2 manis menghabiskan duit pinjaman membeli belah bertiga. Ah! itu suma igauan dan kenangan2 lama. Lupakan! Bangkitlah! Utk kehidupan barumu sayang... 











Doa di hati,
"Tuhan tunjukkan jalan untuk menempuhi dugaan ini, teman maafkanlah andai ku melukakanmu. Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa kau pergi meninggalkan diriku.. Redhalah apa terjadi mungkin ada rahmat yang tersembunyi..." 
-Antara Persahabatan dan Keegoaan (",)








Terima kasih tidak terhingga kalian ! Terima kasih kerna memberi dorongan dan sokongan utk aku dan dia sebelum ini . Terima kasih atas nasihat dan panduan diberi selama kita bersahabat . Terima kasih kerna sudi menjadi sahabat aku . . Sungguh aku bahagia bersamamu dulu . 









Ceritera Aku & Dia I ♥ 














Ceritera Aku & Dia II 
































Erti 'Persahabatan Tanpa Keegoaan',















































































































































note:: Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu atau kamu membeli darinya atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang tidak baik (jahat) diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya.  -Hadis riwayat Bukhari & Muslim. 







No comments: