Monday 10 September 2012

Working World (internship zone)




Ya ampunnnn, dah bersawang rupa2nya blog gua ni. Kebizian tahap melampau yg melanda gua sejak2 tahun akhir pengajian ni, memaksa gua berhenti tanpa rela utk terus mencoret blog gua yg sememangnya x femes ni. Sebelum itu rasa belum terlewat gua nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri (kata raya sebulan :p) kepada semua kawan2 facebook, blogger2, atau sesiapa sahaja yg pernah gua rapat or x bape nak rapat sekalipun. Maaf Zahir Batin tulus ikhlas dari hati gua yg rock ini. 



Selepas cuti raya 2minggu adanya, gua telah pulang ke Shah Alam utk memulakan perjalanan baru iaitu Practical Training/ Internship di company yg diberi nama One Communications Services Sdn Bhd kalo terlanjur baca tu bole la klik tulisan biru n like yea, (eceh~ promote plak). Intern gua bermula dari September dan akan berakhir pada Disember 2012, dan ini bermakna gua hanya tinggal 5bulan lagi utk bergelar Siswazah dan bakal memulakan perjalanan karier gua yg sebenar. Alhamdulillah, praise to Allah, selama 3tahun cabaran dan dugaan, Dia tetap melancarkan perancangan dan memakbulkan permintaan gua utk grade dalam masa 3 tahun tanpa perlu 'extend' atau 'repeat paper'. Seriously, dua perkataan inilah yg paling ngeri utk gua dan kwn2 seperjuangan selama ini. Sebak pula bila nak abes belajar ni, mcm2 ragam kengkwn yg gua kenal, ada yg baek dan ada juga sebaliknya, ada yg suatu masa dulu penah rapat tapi skang da tak bertegur sape. Lumrah kehidupan, tetap ada pro dan contra dlm kehidupan seperti putih lawannya hitam dan langit lawannya bumi. Walau apapun, gua tetap bersyukur kepadaNya sebab diberi pelbagai peluang dan nikmat hidup di dunia ini. :')



Intern gua di company ni tersangat lah best tahap terlampau sebab dapat boss yang sempoi, no punctual punch card sebab ofis time 10.00 am, meskipun gua terpaksa ke keja awal iaitu 8.00 am kerna mengikut Mr. Chenta gua yg msok ofis beliau 8.30 am. hu~ tapi gua x kesah sebab sebelum ke ofis kteorg akan breakfast dulu, borak2 dlu, sbb masa kteorg semakin kurang disbbkan kedua2nya sibuk dgn ofis hour dari 8.00 am ke 6.00 pm adanya. Jadi kteorg akan memanfaatkan masa sebaik2nya, rasa lain pula bila kteorg semakin menghampiri alam pekerjaan, dh mcm cita drama kt tb plak rsa, pegi n pulang kerja sekali. hehhe InsyaAllah xde aral dalam masa 2tahun lagi kteorg bakal mengakhiri zaman bujang agar menjadi halal di sisi Islam, doakan yea kwn2. Amin~ ^^



Keja gua di ofis byk dihabiskan masa dgn on9, almaklumlah student intern, bkn byk keja sgt kena buat, ada classmate gua siap post kt fb sempat download cita korea n ada jugak maen game on9 kt ofis. ishkishk >,< korg ni keja ke mgulat haa? (mengata dulang paku serpih :p)










**betapa menandakan gua xde keja tahap terlampau dan melampau** :D






Gua rasa position gua di ofis sebagai graphic designer x bertauliah kot. hahha Sebenarnya time zaman blaja dlu design gua lah terpaling burok dlm kelas, tup2 bole plak buat keja2 design. Tapi design ni makin diasah bakat makin minat plak, heran bin ajaib, dan gua semakin jatuh cinta dengan Adobe Illustrator dan Photoshop yg paling tak disukai gua dahulu kala. Bila gua tunjuk hasil kerja gua time class dlu teros boss gua suh buat flyers, signboard company n billboard. Mula2 gua agak gulp~ jgak la nak meng'design' ni, susah bila idea xde, otak blur automatik malas nak belek Ai n Cs. Tapi bila dtg ilham, dlm masa sehari dah siap flyers tu, nak tgok? jeng jeng jeng~








**ini la hasil first task for my first week of internship** =)





Flyers ni biasa je, xdela gempak mana pn, boss gua suh make it simple n easy to deliver the message to customer, kang buat crowded2 design diorg tanye plak stand for what n stand for what, customer plak bukan calang2, dari para wartawan, corporate people n etc. Company yg gua intern ni produce walkie talkie n car system audio n else so customer pn tergolong dlm kalangan standard n upper class sb bkn murah brg2 cni baq ang. haa, siap pintu berkunci n dikelilingi cctv cek oii. hehe Boss gua ckp x lama lg company nak buat launching product, so a few people from UK pn nnt dtg time perasmian tu but before that day nnt ada press conference dgn para wartawan utk menghebahkn hari perasmian tu nnt. Gua pn secara x sengaja mulalah berangan2 agar berpeluang masuk tb or paper (muka depan) hahaha choyy!! angan mak jemah btol ~.~




Ini contoh banner n brochure yg gua tunjuk kt boss gua dan secara automatiknya dia extimate gua bole buat design, harap boss gua x target design yg gempak2. huhu risau pn ada ni. tp xpe, slagi mampu gua akan belajar n asah skill graphic serta cuba utk hasilkan design sebaik mungkin, insyaAllah. Banner n brochure kat bawah ni actually yg kepertamaan kalinya gua buat, heh~ sblom ni gua hanya buat design magazine saiz A4 n A3, n design ni yg plg besar gua hasilkan setakat ni. Both these design gua buat utk group presentation 'Mo-cap Event'  si Mr. Chenta gua last sem, 2hari kteorg berkampung di library sampai jam 6pagi. haa, x tido uolz nak hasilkan design, bkn senang buat design ni, kalo minat n paksarela je mampu siapkan. hihu 









**banner yg dihasilkan gua dan dibantu assistant si Mr. Chenta**









**brochure page luar**









**brochure page dalam**




Gua berhajat utk meneruskan design2 using Ai n Cs je kot, sbb skill gua dlm flash or website design sangat lah x teror dan x reti adanya, cuma kalo skill dlm mengedit video mungkin gua bole asah lagi, sbb dh lama x edit vid, skill tu pn makin pudar adanya, lepas ni keja gua WAJIB tukar laptop baru yg khusus utk buat graphic n editing video. Kesian si Compact gua ni, sampai saket2 beliau gua lanyak lastsem utk buat graphic n video dlm kelas, ampun yea sayang!  -_-




Okey nampak gayanya boss akan masok 12 pm kejap lagi, gua nak teruskan buat signboard n billboard company yg sekerat x jalan2 dari semalam. Almaklumlah boss mc, jd gua xde guide assisstant utk mengkomen graphic gua ini. Semoga berjumpa lg di lain entri, adios~ Wassalam (*______^')





























::akibat bosan di ofis, maka terhasillah ini. hoho~
























note:: No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be thankful for life. Someone somewhere else is fighting to survive. :)





 

No comments: